Monday, July 22, 2013

Online Shop yang super beztt


Mentang-mentang nak raya semua kedai nak buat sale, harga runtuh durian runtuh akhirnya duit kita jugak yang runtuh. Ini sangat-sangat lah penyeksaan. Rambang mata tahu. Ini cantik itu cantik. Ya Allah..makruh tau blanja berlebih-lebihan ni. Sebab tu pemilihan haruslah yang bijak2 dengan hanya men-shopping baju-baju raya yang dirasakan cantik dia memang tak boleh dapat kalau carik kat planet lain. Kalau macam tu, mesti kena beli. Haha. Kalau kau sengal sangat nak beli baju alien tak jadi masalah pun. Mungkin bleh jadi trend setter untuk next raya Kan.

Persiapan aku untuk raya ni memang dari awal tahun hari  tu dah siap beli kain dah tinggal hantar kat tailor je. Mak memang suka buat awal-awal takut tailor close cepat. Tapi masalahnya bila dah last-last minute cenggini baru lah design meletup-letup keluar. Cemana I tak tergoda uollz. Perempuan dengan shopping memang tak boleh belah. Aku pun tak tahu kenapa. Membazir betul. Nasib baik boleh pakai alasan baju-baju ni smua boleh pakai time gi kuliah nanti kan perlu banyak baju. eCCeyhh!


So hari ni nak review satu on9 shop yang banyak collection cun melecun untuk si gadizz. Dah lama  teringin sangat nak ada jubah yang simple & sweet but reasonable. Mostly dekat on9 shop yang top-top skarang harga memang tak mampu milik. Mahal kemahen dekat duaratus tigaratus. 

First time tengok jubah ni dari TumTumShop terus dah suka. Simple takde beads takde sulam-sulam semua. Less is more. Itu yang aku suka. Service pun sangat oke. Hari ni order esok da sampai. Harga pun oke below hundred. Senang kata memang suka.


Yang Shawl plain macam yang aku pakai tu. Sangat selesa. Beli dari The Lovelis. Shawl panjang tapi hujung dia bulat macam halfmoon. Susah sikit nak jumpa kat kedai.




Raya, raya jugak yang penting puasa ni dulu. Semoga amal ibadah kita untk ramadhan kali ini diterima Allah. Salam Ramadhan semua ^_^




Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


 

Copyright 2016 © LabyRinth. Design by Ayu Barbydol