Monday, May 19, 2014

Liebster Award






Thank you so much for tagging ^_^ Tak sabar tau nak jawab. First time dengar award ape nih? ghupanya main jawab-jawab soalan. Ok kita suka kita suka! Thankyou Ain Eddihar :)


1. nak tau nama panggilan? 
nama panjang kita Zafirah Habibah Binti Mohd Fadzlan. Saje nak bagi tau walaupun tak tanya. ahah. kita banyak nama panggilan. kengkawan skolah panggil 'pirah' singkatan dari fira. dan nak menge 'rock' kan sikit setanding mat rock deorang pi tuka jadi 'pirah'. kita ok je sebab kita malas nak layan. Lagi ditegah lagi lah dorang suka.  Lepastu ade la bebudak laki nakal kat skolah dulu suka panggil kita 'bibah'. Sekali lagi kita belagak cool padahal dalam hati 'ko pehal?' boleh bawak betumbuk ni. haha. Dulu kecik-kecik brani ah. budak laki pun kite penah debik masa jadi pengawas dulu. And then bila masuk uni kengkawan panggil zaf. Haa gitu. Yang ni I suka sebab I rasa macho sangat. Ala-ala imagine zaf tu macam abang hensem lengan ketak-ketak je en. Tapi cer tengok, cer tengok orangnye haluih tak cukup karbo 147cm vs 37kg. Can u imagine how cute I am. hikhik. Sebab kita tak kisah orang nak panggil ape as long as still name kita and tolak segala jenis binatang yang ada. Iolls oke je.

2. umur? 
hee..proud to be 22. I never hide my age becoz i love to be matured.

3. impian. 
amboi kak ain dah suh jawab sungguh-sungguh ni. Hmm oke. Simple je. Rezeki yang murah. 

4. Cita-cita
nak jadi suri rumah. hagagaga. eh abih ijazah nak wat pa? eh biau lah.  nak jadi suri rumah jugak. Coz I love decorating. I love cooking. I love baking. I love sewing. Suka lah. suka sangat. patu duduk rumah hari-hari tunggu suami balik kerja sambil gendong baby. Onomnomnom. OK dah tu je. Sebab kita rasa kalau kita keje mesti kita tak dapat buat smua tu. Tapi nak kene carik suami anak tauke balak ni sebab I ni kalau shopping memang buas sikit. ahahaha. okeyh siryes yg ni bergurau. abih la pasni takdak sapa nak kat ceq. Tapi tak boleh lah. Zaman urban ni both kena kerja. Nak jana ekonomi keluaga katakann. 

5.  warna kegemaran ?
take a few second and observed my blog. obvious tak? obvious kan. Since 4  years old tau. Sejak umur 4 tahun dulu belum pernah curang dengan purple. 

6. status? 
belum menjadi emak orang, isteri orang mahupun tunangan orang. Masih anak manja mak dengan abah.

 7- sejak bila mula blogging ?
sejak abiz spm 4 tahun lepas. tapi baru-baru ni je aktif balik.

8- blog anda berunsurkan tentang . . ?
random. ikut dan je na tulih pa.

9. Nasihat
kak ain. Jaga kesihatan tau. selamat deliver baby dengan selamat ye. nanti jangan lupe kongsi picture baby kat blog. Thank you taw hari tu susah payah tolong kita isi borang kaji selidik walaupun tengah bzy pindah rumah. Almost complete dah. Tinggal buat report je nih. Doakan kita grad tahun ni ok. ihihi.

10. Bunga 
kite suka lavender dengan rose. kalau rose nak yg warna purple. teringin sangat nak 100 kuntum ros puple. agak-agak ade yg sudi bg tak?

11. hobi eh..
hmm hobby kite blogging lah :)

Harap lah dah menjawab soalan. ihih. 








Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


 

Copyright 2016 © LabyRinth. Design by Ayu Barbydol