Saturday, September 22, 2012

Dugaan 1st day di sem-3


First of all, aku da balik ke bumi kenyalang nih. Balik untuk nak sambung balik perjuangan. Biasalah askar kan. Cer tengok gambar kat  sidebar tu. Muka askar tak? Askar  ‘sangat’. Kawad kaki pun tak pernah take part kawad rumah sukan je harap. Hahah. Owrite. Balik untuk sambung balik saki baki masa untuk bina masa depan yang cerah. InsyaAllah

Sem tiga dimulakan  dengan penuh rasa malang. Nak cite pun sedih. Macam tanak citer, tapi rasa nak citer jugak. Flight hari ahad, pukul 9.45 pagi.  Dah siap-siap web check-in dah takut nanti tak sempat pulak. So kat situ aku memang dah tak risau pape dah. Then keluar rumah dalam 8.50 pagi breakfast kat mamak finaly sampai LCCT pukul 9.00 pagi. Tiba-tiba line untuk drop luggage panjang menggila. Tapi aku relax je la, aku dah check-in tinggal nak drop barang je ni.

Tunggu punya tunggu dah nak 9.25 pagi which mean gate almost dah nak tutup. Nerves jugak mase tu tapi masih relax lagi. Sampai lah turn aku tepat jam 9.30 pagi. Tetiba orang kaunter tu cakap “ oh, gate ni dah tutup, sila pergi ke kaunter hujung”. Masa tu dah gabra gilller. Orang depan aku mase que same tadi pun cam tu gak and destinasi kita orang pun same. Bila kat kaunter hujung tu dia tengok tiket dan dia kata  “ Gate dah tutup, dah tak boleh bawak barang” Perrggghhhgg seriau. Tak boleh bawak barang? Then? Tau tak luggage aku tu besar macam nak balik kampung 90 hari? Kalau tak bleh drop nak masuk mane? Bawak naik plane? Macam lepas la kan. Lepas tu pulak dia bagi suggestion “ Kalau nak bawak jugak, kena ambik next  flight lah” . Amboi. Marketing strategy eh? Boleh bating lah immediate flight confirm-confirm mahal nak pengsan mau-mahu tujuh, lapan ratus. Musim raya pulak tu seribu lebih pun bleh cecah kot.  Aku suruh dia check kan brape untuk next flight. Then dia kate “ Oke sy tutup dulu, nanti pukul 10 bru sy check kan”. Hah. Hah. Sytem dia x tutup lagi, tapi dia still tanak accept barang aku. Sedih. Sedih. Sedih!!!

Pening-pening nak pengsan da mase tu. Then abah cakap takpelah better naik je flight tu. Barang-barang nanti abah pos. Memang balik kuching hari tu sehelai sepinggang je. Tak penah di buat orang rasanya. Hmm memang pengalaman lah. Setiap kali naik AA  selalu dapat musibah. Ade je tak kena. Kalau nek M tu oke je.  Mahal pun mahal lah janji takde adegan terkejut-terkejut  macam ni lagi. Kalau ikut pengalaman M taklah strict sangat macam yg satu tu. Lagi satu kerja pulak nak kena pos-pos.  Kesian mak ngan abah. Susah-susah untuk anak dorang yang sorang nih. Terharu sangat bila mak kate “ Takpelah untuk adik, mak ngan abah oke je tak susah ape pun”. Huhu rasa nak nagis. Tapi control-control.




No comments:

Post a Comment