Susah betul
nak study masa study week nih. Study sejam rehat lima jam. Selagi tak last
minute memang tak bleh focus. Tulah dia pelajar cemerlang study last minute
pastu sampai tak tido malam. Esok nak gi exam bawak lah mata panda tu tunjuk
kat orang ‘oh malam tadi aku tak tido, study, rajin kan aku’. Thumbs up.
Macam mane
eh korang seru nafsu belajar tu? Stakat
ni lah rase aku motivate kan diri sendri dengan tengok flight tiket hari-hari.
Hehe. Lagi cepat habis lagi cepat balik weyh~. Kira macam reward kan diri sendiri
jugak la kalau dapat perform well masa
exam aku akan belanja diri sendiri balik rumah naik kapal terbang. Haha poodah.
Sebab memang tu je yang kite ade. Nak naik bas? Oke try la mrentas laut china
slatan tu. Tengok sampai tak sampai.
Biaselah
nak buat benda baik mesti ada je gangguan. Yang penting ikat kuat-kuat azam ape
nak capai untuk semester ni. Teringin weyh nak dapat dekan. Tak dapat dekan
anak dekan pun boleh kot. Takpe mari
kita sama-sama baca doa ni before nak start belajar keyh. Aku suka doa ni sebab eberytime aku baca before nak study macam senang je nak lekat rase macam menjadi je. Moh le terrai yang penting nak belajaq hati kena ikhlas.
Doa ni pulak mak aku pos dari semenanjung. Pos
ok. Tak main lah post-post kat fesbuk nih dia pos laju lagi tau. Hehe. Dari sekolah rendah sampai dah
masuk universiti ni tiap kali nak exam memang mak lah yang paling semangat. Mesti die monitor semua benda segala jenis
pil minda semua dia beli. Engkorang sebutlah ape jenis pil yang aku ta penah coba. haha. Tapi dah besar ni kurang sikit lah mak dah suka
bagi nasihat and doa je dari jauh. Yelah dia tau anak dia dah besar kalau malas
tanak belajar diri sendiri yang rugi.
Thankx mak ^_^
Bezt of
Luck eh korang. Buat betul-betul masa
exam jangan meniru tau nanti masuk neraka :P Solat jangan tinggal doa
banyak-banyak lepastu jangan lupa call mak ayah before gi exam mintak restu lah
sikit. Haa kau tengok, aku pun dah ade bakat mak mak. Wahh ! eh no focus
focus. Semoga ilmu yang Allah pinjamkan kat kita diberkati oleh-Nya dan semoga boleh buat masa exam
nanti. Aamin.
No comments:
Post a Comment