Friday, August 16, 2013

Sakit Mata sebab Contact lense

Bila lama tak menaip nak buat introduction pun rasa depressed. So macam mana raya? Berapa guni dah collection duit raya? Tahun ni punya raya rasa matured sangat. Sebab first time raya abah tak beli bunga api. Well have to admit 21 dah woii. Ehemm… Di samping cerita raya ada benda lagi dasssat aku nak cerita.

Apa kau rasa bila bangun pagi tiba-tiba mata tak boleh bukak? Siryesly time tu rasa gelap gila dunia.dah siap fikir lepas ni kene register dengan persatuan OKU sebab sebelah mata dah buta. Lepastu fikir cemana ngan study? Kene tangguh sem la cemni dah la tahun akhir. Agak-agak ada tak penderma mata skarang ni? Tapi Dokter kate takde pape. Maybe nak kene sakit mata. Tapi mata aku kan.  Rasamacam ade something weird bukan sakit mata biasa ni bukan. Sebab takde sape yang kene sakit mate pun dalam rumah ni and a day before tu aku pegi beraye dengan member2 skolah pun dorang sihat-sihat je. Berjangkit dengan sape pulak kan? Bila terasa mata ni berdenyut-denyut rasa macam ada ulat-ulat yang tengah makan sel-sel mata aku. Bila da takut mula la pike mengarut ngarut. Gila kau tak takut??

Ya Allah mase tu mulut, hati, otak asik doa je harap-haraplah takde pape. Bila azan je doa, pastu terbangun tengah-tengah malam pun doa lagi. Gigih nak sembuh punya pasal. Seharian mata taklah bukak tahu. Mata tu sepasang je. Kalau da rosak nak cari mane weyh?? Aku tau ni mesti sebab contact lense. Lately sebenarnye dah banyak sign dia bagi suruh jangan pakai lagi dah tapi biasalah degil.

Penjagaan mata bila pakai contact lense:


Just a soft reminder for lense lover make sure avoid pakai lebih dari 8jam. If masa pakai or lepas pakai mata jadi kurang selesa, mata asik berair or bergenang kadang-kadang sampai keluar tahi mata plis jangan pakai lense tu lagi dah. Rehatkan mata untuk beberapa hari or buang je and beli yang baru. Lagi satu mohon jangan beli lense yang murah slalu jual kat online tu especially yang ada power bahaya tau. Beli dekat kedai cermin mata oke. Aku selalu beli jenama blincon. Memang mahal sikit tapi worth it jenama tu pun diiktiraf so yakin sikit lah.

Apa perlu buat kalau mata merah @ sakit lepas pakai contact lense?

First sekali kene pegi klinik. Pegi cepat-cepat jangan tangguh takut nanti kene infection lagi susah. Seram woo. Kalau mata setakat merah je takde masalah sangat tapi kalau sakit sampai tak boleh bukak itu masalah besar tu. Selain makan ubat , boleh tuam mata tu dengan sapu tangan yang direndam air panas. Tak pun buat cemni, rebus telur balut dengan sapu tangan then tuam dekat kelopak mata tu. Kalau telur tu dah sejuk boleh panaskan balik takpayah rebus baru membazer.



Bila dah tuam buat macam tu barulah mata bleh bukak sikit2. Better lah dari takleh bukak langsung. Alhamdulillah cepat je dah sembuh dah. Sehari je lah aku rase ‘temporary blindness’. Ya Allah bersyukur sangat. Masa sakit tu dah siap janji kat diri sendiri dah kalau aku sihat dah tanak pakai contact lense lagi dah. Selama 3 tahun pakai ni la first time jadi cenggini. Takut weyh. Rasa macam the end of the world pun ade jugak. Tapi kalau tak sebab rabun takdelah aku pakai tau. Takpelah takpelah lepasni pakai spect je tak kiralah rimas cemane pun mata lagi penting.. Sayanggg mata.




Alhamdulillah those eyes are getiing better. Praise be to Allah ^_^






12 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



 

Copyright 2016 © LabyRinth. Design by Ayu Barbydol