Saturday, September 14, 2013

Pre-Love Item Cantik Murah Berbaloi




Taraa..terharu tengok air tangan petame buat banner sendiri. Simple sangat macam nak menangis pulak. Tulis-tulis tajuk sikit tempek gambar dari google. tarappapapa siapp! gojes kan?? hakhak. Nak wat cane darah seni takde weyhh ni jelah yang mampu.

Okeyh begini, aku suka sangat shopping. Perempuan kan..Tapi ade satu tabiat yang taktau lah bejangkit dari sape..bila beli baju, balik rumah test2 depan cermin then tiba-tiba pulak tak suka dah. Besar sangatlah, ketat sangat lah, padahal dah fitting sebelum beli tu. omma! membazer tahu? Baju kat kolej lagilah overdos. Wondering macam mana final sem nanti nak bawak barang-barang balik dah la final year ni. So iolls nak let go some of my stuff yang tak pernah pakai lagi @ sekali atau dua kali pakai sahaja. Janji tak jual mahal - mahal. Saya janji dengan awak.haha.

So, im looking around if there is anyone who's also interested in selling their pre-love collection yang cantik-cantik and vogue-vogue tu boleh la PM me the picture of the stuff together with detail and price yang uolls nak let go. Sy bleh promotkan skali dalam fp and attach uolls punya link. If ada orang interested dengan that stuff dorang akan refer dengan korang lah. and this is free of charge. Takde pun kene sewa2 tapak sebulan 3 ringgit eh..hikhik. 




Peplum
Condition : New 
Price : RM 20 - Include postage
Material : Chiffon

Blouse ni dia ade effect-effect peplum sikit. Material chiffon so agak jarang kene pkai inner. Boleh dipakai sebagai blouse. Tapi boleh jugak dijadikan outwear buat macam kardigan. Masih bertag harga bermaksud di situ masih baru dan tidak pernah dipakai.






Fushia Cotton Blazer
Condition : Worn twice
Price : RM 20 - Include postage
Material cotton

Blazer yang warna fushia pink ni cantik sangat dibuat outwear sebab warna dia striking meghelipp kauu. Sesuai pakai kalau nak gi office takpun pakaian casual pun boleh bahh.





SOLD
Denim outwear
Condition : New
Price : RM 20 - Include postage
Material : Cotton

Baju ni lebih kurang fesyen macam blazer fushia pink tapi ade sentuhan rock sket tengok diamond diamond tu. Cantik pakai dengan sleevless dress. Kalau nak gi dinner fakulti ke dinner office ke yang ade tema-tema rock bleh la padankan attire korang ngan baju ni. Kalau tengok dari dekat kain dia bercorak denim @ macam kain jeans tapi cotton sebenarnya. Sangat selesa. Condition masih baru belum pernah dipakai & ada tag harga lagi.


Paisley dress
Condition : Worn once
Price : RM 40 - Include postage
Material : Lycra & cotton

First time tengok dress ni jatuh cinta sangat. Ianya bersaiz M - L. Bear in mind im a XS person so boleh bayang tak macam mana rupanya bila pakai. Tapi sebab dah suka sangat & saiz kecik dah habis aku beli jugak. Bila balik rumah tengok depan cermin nahhh menggelebeh habis. So untuk size M - L memang cantik kalau pakai. And ade tali pinggang jugak tau nak pakai boleh tanak pun taper. Sayang gilla nak let go. Tapi takpelah.





Ruffle jacket
Condition : Worn once
Price : RM 15 - Include postage

Jacket ni pun cantik dipadan dengan dress labuh.



Long Blouse
Condition : Worn once
Price : RM 16 - Include postage
Material : Cotton

Ini dress panjang kalau tinggi 145-150 bleh cecah atas sikit dari lutut. Untuk muslimah sangat sesuai sebab ianya menutup backpart kita.





Wedges
Condition : Worn twice
Size : 36
Price : RM 36 - Include postage

Name pun sedap, bila pakai pun mesti sesedap namanya hehe. Kasut ni a bit expensive harga asal RM79.90
Beli masa lepas habis jawab paper math. Masa tu stress sangat sebab tak dapat jawab dengan baik. So nak release tension bli la kasut setinggi ni tanpa mempedulikan bahawasanya aku tak pandai pakai kasut tinggi. As a result jalan sket teplecok jalan cket tesadong. hmm tanak pakai lagi dah. Dia punya tapak pun masih cantik lagi tau.


If interested lets have a visit @ PM to Labyrinth ^_^









No comments:

Post a Comment