Friday, April 18, 2014

My new Baby boo Serum Muka untuk yang nak Cantik


Semenjak makin dewasa kulit muka memang tak penah flawless macam zaman ribena dulu. Well nasib baik aku bukan kategori rajin tempek krim tengah hari, krim senje, krim pagi petang siang malam tu. Blackhead whitehead lagi la aku tak penah kesah. Cuma jerawat je tak kan aku biarkan bertakhta. Bila mula dia nak tumbuh memang aku picit cukup-cukup. Haaa mati ko. mati ko. haha. Tapi bila tengok orang lawo-lawo ade hati pulak nak cemburu-cemburu. Tapi pemalas nak jage muka. Yang muka flawless habisss kat header dengan gamba side bar tu sila lah jangan pecaya. Foundation aje lebih. Bak kate bestfriend forever, "Ko kene jage, mane tau jumpa jodoh tengah jalan". Pasal jodoh punya pasal aku gagahkan juga untuk menjaga keterampilan diri. kahkah. nampak tak level brape punya gatai nak kawen. Ok bukan macm tu. Kita memang kene jaga keterampilam diri baru orang confident dengan kita. Confident bukan bermakna kene muka cantik je ok. Ade je orang yang biase-biase je tapi sebab dia kemas and penampilan dia ok. Dah cantik da pade aku. 

Demi lah mendukung usaha tersebut, mari aku perkenalkan my new baby booo. Mula-mula adik aku yang suruh beli serum ni untuk dia. Sebab aku malas nak layan aku cakapla benda ni tak bagus hahaha (memang spesis kakak terbaikk dalam dunia). Tapi bila tengok banyak pulak review and testimoni berjaya. One of them Nisa Kay. Dont u know who she is? Kalau tak tau boleh gelakkan diri sendri sekarang jugak. Patutlah nampak muka dia  licin je. So, kalau blogger femes pun dah cuba, iollls mestila kene cuba. 




For the time being aku try dua jenis ni dlu. Diamond and whitening. Satu botol harga dia RM20. Diamond untuk kecilkan jerawat, hilangkan jeragat, buat muka nampak glowing dan putihkan kulit. Whitening pulak fungsi dia memang specialized untuk putihkan. Nampak tak? Walau aku bukan k-popers, tapi dalam hati tersimpan seribu impian nak flawless macam Kim Tae Hee. 


okey yang ni sebelum. Muka aku banyak bintik-bintik patu warna tak sekata patu berminyak. Alaahai. Takpe. Nantikan 2 minggu lagi. Kita tengok acanerrrr result dia eh. eheh.






15 comments: