Friday, February 12, 2021

Trip ke Pulau Perhentian Besar

Trip ke Pulau Perhentian. Kitorang decide nak pegi weekdays memandangkan cuti aku banyak lagi & sebelum cuti Pijan dibekukan semula moh le kite bejalan dulu. Trip kitorang pada tarikh 15-17 Julai 2020. Amik hari rabu sampai jumaat so weekend dapatla berehat sambil2 meredakan muka yg bakal sunburn tu.

Aku amik pakej dengan Twin brothers. Korang search je dekat instagram bersepah agent-agent TB ni.

Mula-mula confuse ape beza perhentian kecil & besar. Nak pegi kecil ke besar?

Actually boleh je pegi dua-dua. Cuma kena decide nak menginap dekat mana. Perhentian kecil lebih meriah, banyak kedai kedai makan (Harga pulau ye rakan-rakan). Harga yg boleh buat termenung 3 saat. Lebih banyak resort & hotel dan dan dan lebih mahal. Disebabkan kat sini lagi banyak mat dan salleh jadi lagi banyak boleh cuci mata hewhew. Tapi orang kita pun tak kurang mat salleh nye ye. Kejutan budaya aku. Macam pegi phuket pulak.

Perhentian besar lebih tenang. Resort dia harga mampu milik. Sesuai untuk ada family yg bawak orang-orang tua. Sebenarnya perhentian kecil pun ok je nak bawak org tua ke family ke. Ikut preference korang lah. Kalau rasa ok, ok je.

Aku pilih Coral view islan resort dekat Perhentian Besar. Ni pakej nye. Tapi korang kena update balik lah still valid ke tak harga ni lagi.



Day 1

Dari selangor kitorang bertolak pukul 3 pagi naik kereta. Perjalanan 8 jam lalu jalan ke Gua Musang dan sampai ke Jeti Kuala Besut. Jauh nyeee Ya Allah besut ni. Aku impressed betul dengan kelantanese & terenganurians yg balik beraya berbelas jam tu. Cramp pungggung.





Sampai je jeti kitorang makan dulu lepas tu amik bot pkul 12pm terus ke Coral view Island Resort.
Speed boat lebih kurang 30 minit je. Aku banyak baca dekat blog yg kita akan diberhentikan di kawasan tengah sikit. Lepastu kita kena amik water taxi untuk sampai ke persisiran pantai gitu. Tapi aku rasa dah takde yg macam tu. Mungkin tu dulu je kot. Skarang memang dia dah buat jeti dekat pantai tu jadi terus turun kat jeti tak payah transfer naik water taxi dah.

Lepas check in, relax jap. Petang kitorang keluar pegi OOTD.

Ni view dari Coral View Island Resort






Dari Coral view Island resort jalan area belah kanan carik water taxi ni untuk ke Perhentian kecil. 
RM 10/person. Lepas pukul 7 harga double. 

Ini sedikit sebanyak suasana dekat Perhentian kecil. Port amik gambar Masya Allah berzepah-zepah.. 6.45 cemtu kitorang gerak balik ke perhentian besar. Deal dengan pakcik tadi jangan lupa amik korang balik. Memula ingat nak stay sampai malam nak tengok fire night show tapi harga double lepas tu kan agak scary ye naik water taxi ni memalam. Cane nak bagi korang imagination eh. Okeh water taxi ni dia sampan yg pakai enjin. Dah la laju, lepastu terhentak-hentak. Lepastu tak pakai life jacket. Kalau terbalik tu uuu mak aiiiii seriau. So better lah balik sebelum malam. Untuk just amik experience ok la. Nak repeat agak bahaya ye.

Day 2

Sarapan dekat hotel makan roti dengan tuna je. Lepastu jalan-jalan pagi jap OOTD lagi haha. Pukul 10 pagi tunggu dekat jeti kita nak ber snorkelling. 



Aktiviti habis pukul 4 petang. Balik resort membuta sampai malam sebeb kepenatan haha. Malam tu kitorang makan meggie je. Wajib bawak makanan banyak kalau tak nak spend beli dekat pulau. 

Oh ya, dalam pakej tu takda hiking pegi windmill. Tapi boleh add on, lepas aktiviti snorkelling tu nanti dorang bawak. Harga dalam RM35/pax.


Day 3

Hari terakhir kiorang decide check out awal sebab nak amik boat pukul 8 pagi. Klau nak amik tengah hari pun boleh. Tapi takut sampai Selangor lewat malam, kita gerak pagi lah. Souvinier boleh beli dekat Jeti Kuala Besut. Kalau nak carik keropok lekor boleh waze tak jauh sangat pun dari jeti tu.

Overall aku enjoyy gilaa trip ni. First time kitorang pegi trip yang buat aktiviti, Before ni jalan-jalan cuci mata je. So this one sooo memorable. Lepasni nak try Redang pulak. Semoga Covid-19 nyahhh dari bumi secepatnya. Amiinn. 





p/s : Untuk yang dah plan nak pegi boleh survey dulu lepas habis PKP & boleh rentas negeri boleh lah pegi. Entry ni sebenarnya tak siap lagi. Banyak lagi gambar aku nak masukkan macam port-port best amik gambar kat perhentian kecil. Tapi aku malas. Nanti aku sambung.






2 comments: