Friday, March 28, 2014

Malaysian couple guilty of hurting children

Assalamualaikum.

Aku terbace berite ni pun semalam kebetulan ade IGshop yang post. Dari awal aku ikut kes ni memang rase sedih sangat. Macam mane sanggup anak masukkan ibu dengan ayahnye ke penjara? Nabi pun ade cakap kalau anak yang da lebih sepuluh tahun tak solat memang patut dipukul. Tapi untuk bagi pengajaran je lah bukannya mendera. Logically thingking, takkan lah mak ayah nak pukul sampai setegah mati hanya kerana tak solat kan. Ade ke sape-sape  yang tak pernah kene sebat mase kecik? Kalau ade ngkorang memang anak bersalut emas la. Paling-paling pun hanger. Tapi mak aku suka cubit. Itu memang paling win. Die aim kat peha je. Mentang-mentanglah kat situ banyak isi. 2-3 minit pertama memang heaven gila rasa dia. haha. hanya orang yang pernah rase je boleh describe. Macam-macam la lagi. Ehh engko tak penah tengok citer anak-anak sidek ke? Engko belum boleh kira anak melayu kalau tak penah pernah kene rotan, kene kurung duduk luar sebab keluar main petang-petang pastu balik lepas magrib. Itu belum kira kene hanger lagi bila abah dapat tau aku ikut abang aku tangkap ikan puyu kat parit. Haih kenangan sangat. Bila da besar ni aku tak pernah anggap ianya sebagai satu kisah horror tapi kenangan manis tau. Manis weyh. Sebab bila besar kau tak dapat lagi dah kenangan tu. Lagi satu, mak aku pun penah je marah tak bagi beli barang mahal-mahal. Jeans? benda normal tu dik. Kesimpulanya, benda tu semua benda normal. Yang aku tak boleh terima, sebab tu ke mak dengan ayah perlu dipenjarakan.  

Tapi nak buat macam mane kan dah undang-undang kat sane memang macam tu. Dah kita duduk negara dia kene la ikut. Part yang sedih sangat bila anak-anak langsung tak backup mak ayah. Kita nak tolong macam mana kalau anak-anak sendiri bg statement untuk kukuhkan lagi kesalahan mak ayah. Tapi, nak salahkan anak 100% tak boleh jugak. They all are immature. Budak-budak lagi tak matang. Ikut kan perasaan mungkin mase tu dorang teringat balik kejadian-kejadian kene rotan tu so dorang jadi emotional kot. hmm. entah lah. Nak cakap lebih-lebih pun tak boleh. 

Aku cuma nak cakap if I were their parents, if dah habis hukuman penjara tu nanti aku tak tau boleh ke aku jaga dorang lagi sebab aku dah tersangat-sangat berkecil hati. Adik, redha Allah terletak pada redha kedua ibu-bapa kita. Ingat tak mase kita sekolah rendah, ustazah selalu cakap kalau mak ayah marah kita, terima je lah, sebab macam mane macam mane pun dia tetap ibu ayah kita. The One and only. Nanti bila da dapat jumpa balik dengan ibu and ayah tu mintak maaf, mintak ampun kat dorang ok. Dorang da cuba jadi parents yang terbaik untuk awak dengan bagi didikan agama. Sekarang tugas awak pulak jadi anak yang terbaik for your parents.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



 

Copyright 2016 © LabyRinth. Design by Ayu Barbydol