Here come
for a busy life. Minggu pertama di semester
tiga sangat la hectic menggila. Dah aku rasa memang nak meraung macam serigala
jadian. Sepatutnye first week ni waktu bersenang lenang. Kelas banyak takde,
tak pun kelas separuh mase pastu lec bagi balik. Harapan . Harapan menjadi
layu. Tersangat lah layu. Memang kelas sharp 2, 3 jam straight. Malam pulak
kena attend meeting. Tulah dia bahana take part dalam persatuan mahasiswa . Lepas ni beratur
kena organized aktiviti untuk fakulti. Aku pun tak tau camna aku boleh terjebak
dengan semua ni. Sangat lah tiba-tiba. Nak blogwalking pun tak sempat apatah
lagi update entry. Hari ni tak kira. Nak luahkan pasaan jugak. Sebarang mesej
yang ajak pergi meeting takkan dilayan. Wahh..Gaya angkuh gila. Hik2.
Malam
pertama aku di isi dengan acara mengangkat beg sebanyak 8 buah yang
gedabak-gedabak dari stor tingkat 3,
jalan sejauh 500 meter dan kemudian naik tingkat 2 bersama kelapan-lapan beg
tersebut. 2 jam non-stop. Kalau ada perkhidmatan
angkat barang walau satu barang 5 hengget pun rase nye sanggup. Hilang semua
lemak yang diternak masa cuti hari tu.
Dah tak seksi you. Hahah. Malam kedua pulak meeting bersama persatuan mahasiswa fakulti. Berkaitan orentasi fakulti yang senior-senior perlu organised untuk adik-adik yang baru masuk tempoh hari.
Malam ketiga meeting bersama MPP unimas berkenaan karnival sukan yang fakulti in-charge untuk pesta konvo bulan depan. Penat memang penat, lepas tu duduk bersama orang-orang besar pulak tu. Rasa takut dan nerves tu dah tentu-tentu la ade. Sesuatu yang aku tak pernah imagine. Aku gadis pemalu yang amat, kalau ada presentation ber-group akan selalu pass pade ahli kumpulan lain untuk present sangatlah tak sangka akan berada di posisi nih. Sekarang dah kene selalu bercakap depan orang ramai. Ntah macam mane lah boleh sampai tahap ni. Memang diri sendiri yang apply atas dorongan senior tapi ingat macam sekretariat biasa-biasa je. Last-last hambik.
Tapi banyak ilmu yang aku dapat. Menjadi salah seorang barisan kepimpinan ni sangat-sangatlah mengajar aku ilmu protokol, buat proposal untuk event, cari sponsor, kene kritik salah buat surat. haha. yang tu memang paling malu. Atas font 12 bawah 10. Bagi kat dekan lak tu mane tak kene sbijik hikhik. Alah mane prasan lebih kurang jer saiz nyer :P Tapi harap sangat semoga semua ni berjalan lancar sampailah penghujung tahun 2 ini. Semoga masih diberi kelapangan waktu walaupun sangat-sangatlah busy.
No comments:
Post a Comment