When writing something which relate to our self,
its boring to other people sometimes. Yelah asek tulis pasal diri sendiri je. Ingat orang nak tau sangat
ke pasal kau yang tak de benda menarik tu? Wah pedih weyh pedih ayat kau. Cube
tengok URL kat atas ni jap. Name aku ke name kau? Name aku kan. Haa then blog
aku haruslah ceghite fasal aku. kalau
rasa annoying sangat pergi terjun Sungai Langat. Kihkih. Emm takde kene mengena pun dengan isi penting
yang aku nak deliver pada hari ini.
Baiklah.
Dah 3 minggu selamat sampai banting dan dah nak balik ke lubuk balik dah pun.
Alhamdulillah. Kitorang tengah ber-house warming tika ini. Turun-turun dari
landasan je dah terus jenguk rumah baru. Masa balik kuching hari tu rumah ni
baru nampak atap je bila balik ni wahh
betukar! Macam digimon pulak. The
bezt part is kitorang same-same yang decide nak perabot macam mane, nak cat
warne ape. Abah kate nak English style.
Aku tataw tang mane yang English nye. Ade lah mungkin part langsir tu
kot. Hoho. Home is where the love is. Home sweet home. ^_^
Memandangkan busy angkat barang punggah barang
pack then unpack balik memang tak sempat nak spend mase depan tv. Masa semua
orang sok sek sok sek cakap fasal Setia Hujung Nyawa, aku siap bleh angkat
kening lagi. Cerite ape tu? Mane bleh tahan aku sorang je tak tau nih. Then
minggu-minggu terakhir SHN tu sempat jugak update untuk perkembangan diri
sendiri agar tidak tersasar jauh dari perkembangan dunia semasa. heheh. To me,
kalau nak kata romantik memang ramai orang boleh ulas . Tapi there is some moral
value yang aku rasa cerita ni bagus.
‘Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik’
Dan ingatlah wahai lelaki lelaki dan lelaki.
Kalau sayangkan seseorang jagalah maruah dia. Even da berjanji nak berkahwin
setia sampai mati pun jaga maruah dia sampai betul-betul kamu menjadi yang
halal untuknya. Iyelah bercinta ni bukan semestinya ke jinjang pelamin. Kalau
takdir kata takda jodoh memang takda jodoh. Jadi, apa nasib perempuan itu
nanti. Kalau kamu sentuh bakal isteri orang lain, kamu jugak akan dapat bakal
isteri yang dah di sentuh oleh orang lain. Hukum Karma.
Entah kenape tetibe rase entry ni bertukar jadi
mood seriuz entah. Whatever it is boleh la boleh la overall puas ati la tengok
citer ni walaupun dapat hujung hujung je. Yang part Ikram tu Eiihh memang minat
giller dengan Hairul Azreen tu. Hensem macam cikgu English aku masa kat matrik
dulu hehe. Memang suka betullah dengan dia. Masa dia nangis-nangis lepas solat
tu, rasa macam nak pinjamkan bahu je kat dia. wahh. Verangan tau. Thumbs up to penulis
novel ni. Nah amik 10 bintang **********
:P
No comments:
Post a Comment