Hai semua. Entry tanpa intonasi. Sila ambil mood .
Minggu
Lepas minggu hectic menggila. Setiap
minggu pun sama tapi kali ni sangat menggila. Jadual kelas masih terkontang-kanting. Orang lain dah boleh
goyang kaki habiskan duit PTPTN aku je
yang terumbang ambing. Social Psychology masih clash dengan neuro science. Puas
aku merayu pada En.Rizal tapi dia still suruh keep on trying tunggu depan
laptop kalau-kalau ada kosong terus register kat e-pelajar untuk masuk kelas
dia . Masalahnya, guna air liur amat mudah. Dah aku berkubu depan laptop tunggu
sistem tu kosong tapi still jugak full. Terasa ingin berkomplot dengan kerakyatan Sulu mintak bom
sistem pra-daftar Unimas ni pula tibe-tibe. Kenape lah susah kan aku. Kenape
mesti ada pra-pendaftaran bila jadual masih belum keluar?
Stress
sangat sampai rasa nak balik rumah hujung minggu ni. Bila usha tiket mak’aiii
300+++. Mahalnya. Alangkah bahagia kalau Tony Fernandez tu ada bau-bau bacang
dengan aku. Boleh mintak tiket free. Malangnya tidak. Tengok Hidung pun sudah
tahu. Batalkan hasrat balik. Berkubu
pula di CAIS. Oh. Di Unimas kami panggil library as CAIS. Teruskan hunting journal untuk subject
Research Method. Next sem saye dah tahun akhir maka perlu buat final year
project. Dr.Shahren nak literature review base on atleast 10 journal. Ya
Allah bala apa ini? Oh bukan bala sayang. Ujian. Allah sayang sebab tu Allah
bagi banyak ujian.
Part of rak of tha journal. Boleh la selak-selak sambil kesat air mata. Tsk. Tsk.
Minggu
lepas persatuan kami ada pinjam barang
fakulti untuk event Dean’s Award, tapi barang tu ada pada lecturer. Dan
lecturer tu outstation, tak dapat pulangkan. Kene bebel dengan cik Elia sebab
barang tu atas nama saya. Hadap je lah. Hujung bulan ni fakulti buat ‘Open
Day’. Sebagai setiausaha separuh masa, saya kene buat banyak memo, minit mesyuarat. Memo lagi. Memo
lagi. Penat. Ya Allah. Nak menangis.
Semalam saya pergi Serikin. Ada apa dengan Serikin? Klik
Sini ;) Nak release tension. Balas dendam habiskan duit. Lepastu balik Unimas
nanti tonton lah saya makan meggie je tiap hari. Haha. Haaa Serikin ni sebelah
Kalimantan. Sebelah sangat. Macam aku pernah cerita dulu peniaga dia pun ramai
juga Indonesia. Harap-harap tak jadi masalah macam Sabah dan Filipina. Kejap
aku kejap saya kejap aku. Takpelah asal korang faham. Dalam rules nak berbelog
tak pernah ade rule boleh guna perkataan saya atau aku atau salah satu saja
kan? Maaflah jika anda baca entry ini anda jadi pening. Sebab yang menulisnya
pun tengah tak berapa betul sekarang ni.. :P
# Doakan saya terus kuat dan tak merengek asek nak balik je #
No comments:
Post a Comment