Tuesday, March 24, 2020

Clomid cycle-3


Rasa rasaa.. clomid cycle 3 berjaya tak?

Hmm tanak cakap kena baca sampai habis hehe

So, on the day yg aku period pada hari ke-31 aku terus gi clinic jumpa doktor biasa tu.

Dr. Rusina siap cakap

"Alaa period kee ingat da berjaya dah sebab awak respon dengan ubat nampak semua ok"

Tulah kan aku da cakap bende-bende gini ok macam mana pun kalau belum rezeki tetap belum rezeki. Hak Allah nak bagi rezeki dekat sesiapa yg dia nak.

Dr. bagi aku last chance to try as we know that clomid tak boleh amik long term. This time still 100mg jugak. Makan macam biase dari hari ke-2 sampai hari ke-6 period

Hari ke 11 datang balik buat TVS. Tapi this time progress aku slow sikit. Sedih pulak tetiba.

Result TVS

Day 11 - 10mm
Day 15 - 18.6mm

Alhamdulillah size ovum da cantik tapi ada 1 masalah iaitu dinding rahim aku tak cukup tebal for implantation. Tapi injection pregnyl kena amik jugak sebab size ovum dah ok & tak boleh tunggu lagi dah. Lepas 36 Hours BD macam biasa.

Dr. Rusina ada cakap, if tak berjaya jugak kali ni dia suruh aku rehat dulu.

Dengan clomid yg aku dah ambik 3 cycle ni da stimulate ovum aku untuk matang so dia suruh aku conceive naturally kalau this cycle masih tak berjaya.

And... this cycle aku masih gagal.

Jadi aku decide untuk rehat beberapa bulan dulu. Hopefully ada rezeki untuk aku.


TTC Part 1
TTC Part 2
TTC Part 3


Clomid Cycle 2 - Fail

Hi.

Lame nak sambung entry yg lepas tapi mood entah pegi mane. 

Clomid cycle 1 - 50mg failed (August'19)

Clomid cycle 2 - Doc naikkan sikit dos to 100mg 

After consume clomid 6 hari, hari ke-10 period, aku kene datang buat TVS every 2 days untuk monitor size ovum aku.

Allah je tau cane rase kene godek2 area tu haha. gigil lutut tak tipuu

Result TVS

Day 10 : 12.8mm
Day 12 : 17 mm (Dr. cakap bagus sangat sebab badan aku give good respond with the clomid)
Day 14 : 20++ mm 

Mase ni aku tak ingat brape tapi dua puluh lebih lah. So dah boleh amik injection supaya ovum yg da matang tu dapat dilepaskan. Size Ovum yg baik  adalah 18mm-24mm. Lebih dari tu dah tak brapa bagus sangat sebab dah terlalu besar. 

Based on TVS tu doc cakap aku ade 2 ovum yg cantik. Kalau pecah dua-dua ni boleh dapat twin ni. Aku senyum je tak letak harapan sangat. Aku ada baca kat satu blog ni, akak tu ade 3 ovum yg cantik, still fail jugak. Jadi, kita usaha je, ada atau tak tu semua kerja tuhan. 

Mase aku amik injection tu pkul 3.15pm 2/9/19. So, after 36hours dah kene buat homework dah haha. Maksudnye 3.15 pagi 4/9/19.

after few days tu aku selalu demam. Especially waktu malam. 5 hari straight tak bermaya. Entahlah tak tau nak fikir ape. Memang berserah je kat Allah sambil doa banyak-banyak.

Hari yg ke-31 aku pun period. kah!

Mase ni aku da suruh Pijan kawen lain dah. Sambil nangis-nangis.

Diri sendri yg suruh, sendiri yg sedih. Haywire sungguh hormon mase tu. 

Pijan macam biase lah, dia punya extreamly calm buat aku hilang sabar.

Next entry, clomid cycle-3.


TTC Part 1
TTC Part 2
TTC Part 3



Sunday, July 7, 2019

Macam Mana Aku Deal dengan PCOS

Assalamualaikum..

Last update was 2016. And I come back in 2019. wohoo renduuu. Dalam tiga tahun ni macam-macam jadi. Putus cinta. Lepastu jumpa jodoh dengan pilihan keluarga. Kalau nak citer details ketibas gak ni. Long short story. I'm married. It is quite a bungee-ride-kind-of-journey. Married to some one that we dont know mencabar gile. Pening aku mengenangkan setahun ni. Haha. He is a very good man cuma annoying dia je overdose. 😅

Sekembalinya aku dalam arena blog ni sebab lepas kahwin aku mengalami banyak masalah-masalah perempuan yg aku rasa wajar dikongsikan. After 7 month of marriage, aku findout period lambat sangat. Aku memang ade masalah period tak regular dari zaman sekolah lagi. Tapi every month keluar je cuma cycle nye brape hari aku tak tau. Kadang-kadang 31 hari pastu bulan depannye 28 hari lepastu 22 hari lepastu 38 hari pulak. Haa celaru en?

Bila da sampai 38 hari tu aku pun pergi klinik. Aku cakap dengan doktor aku dah lame tak period. Then dia scan and nampak telur-telur kecik kat situ. Tu sebenarnye ovum aku yang tak matang, dia tak ovulate sebab hormon tak balance. Mati kat situ je. Bende ni namenye PCOS. Nah aku bagi link boleh bace bagi paham. Orang PCOS ni dia susah sikit nak pregnant. Tapi kuasa Allah kan, kalau dia cakap jadi, jadilah.

Speechless arr masa tau tu. Aaaa ape bende ni tak penah dengar pun. Mata da bergenang, Tapi cool je cool. Nasib pakai spect hari tu dapat cover sket. Atas nasihat doktor & laki aku, aku agree makan pil hormon @ pil perancang untuk 3 bulan. Purpose untuk betulkan balik cycle period tu. Bila dah ok baru proceed dengan ubat subur. So untuk tiga bulan tu aku memang makan consistent. Surprisingly, period cycle cantik je 27,29,29 hari. Bulan ke-4 aku stop then aku gi klinik nak mintak advice doktor balik. PCOS aku ni dah ok ke dah kecut ke ape ke.

Lepastu doktor scan dia cakap ovary kanan ok, tapi kiri still ade telur kecik-kecik tu lagi. Eh korang ni boleh imagine tak ape bende kecik-kecik tu? hahah. Jap aku attach gambar kat bawah.





Tapi sebab ni doktor biase, dia tak brani nak advice aku next treatment. Clomid pun dia tak berani nak bagi. Aku tanye banyak jugak la, tapi dia macam tak boleh jawab sangat maybe tak expert sangat kot. Last skali dia refer aku kat pakar. 

Carik punya carik hospital pakar, ade 3 yg aku shortlisted. Hospital Islam Azzahrah Bangi, KPJ Selangor &  Hospital Bersalin Razif Klang. Based on web semua ni ade pakar sakit puan.

Oh ok berbalik kepada bulan ke-4 yg aku stop pill hormon tu, aku monitor period aku cun tak 29 hari tanpa bantuan pill. Tunggu punya tunggu tak datang. Aku tak buat sebarang UPT test sebab aku rase macam tak je. Walaupun sebenarnye banyak simptom pregnancy aku dah rase. Lower part memang selalu cramp. Aku makan banyak gile. Badan aku kecik kot macam membela je selera makan tu. haha. Bangun tido rase pening. Jalan tak stabil sebab rase berpusing-pusing. Tetibe selseme takde sebab. Tekak tak loya, tapi rasa tak selesa macam banyak kahak. Aku deny lagi, takpe lambat sikit la baru cek.

Hari ke-39 aku period (First day). Aku cool je lah. Aku harap tak harap la. Kalau ade, ade. Takde takde lah. Positive gila. Bangga aku dengan aku haha. Tapi aku memang da plan untuk gi Pakar jugak. Nak tanye knape cycle period tu celaru balik.

Second day period mase nak mandi tu, aku terperasan ade bende putih solid besar dari biase dekat pad.  Dia macam kantung. Sebab dia pelik aku memang curious gila. Cecepat amik gambar. Pastu ak gi klinik pakar sakit Puan dekat Hospital Islam Azzahrah Bangi. Nanti aku  share total cost eh. Tau mesti berbelah bahagi nak gi jumpa pakar dekat private hospital takut mahal kan? Jenuh la google nak tau estimate cost takde pun orang share. Memang standby je la duit 300-400. Nangis haha.

Kat klinik aku cakap ngan doktor tu pasal PCOS aku & period cycle yg dah celaru balik tu. Lepastu baru aku citer pasal bende solid pagi tadi. Tapi doktor tu macam biase je macam not a big issue la gitu. Aku pun ok je lah. Then dia buat transvaginal ultrasound. Godek -godek kat situ. Haha seriauuuuuu. Masa scan tu Doktot tengok takde bende pelik, macam biase je.

Doktor cakap ovary aku ok takde la PCOS sangat. So boleh proceed ubat clomid. Bulan depan datang balik jumpa dia. Total consultation + clomid 50g = RM 309.80. Ok lah within  budget alhamdulillah hehehe.

Balik dari hospital baru aku whatsapp husband, cakap ape yg doktor tu explain kat aku tadi. Ohh haaa pastu baru teringat nak bagi tau dia pasal bende solid warna putih tu. Dia macam tekejut. Aku pun bagi la gambar & video yg aku amik tadi. Kalau ikut kan geli nak tunjuk-tunjuk kat org ni. Nasib baik dia dah biase deal.

Tetibe husband aku cakap "Eh ntah-ntah gugur ni. Pegi cek UPT, even kalau dah gugur pun hormon pregnancy tu still tinggi dalam badan sebab awal lagi, Cuba cek dulu. Kalau betul haa dah keluar semua la tu". Eh bagus pulak doktor ni. Selalu aku tanye manjang tak sure. 

Balik tu aku test, Surprisingly double line Ya Allahhh. Terus nangis. Sepanjang nak dekat setahun kahwin tak penah double line. Nak double line kat OPK pun susah ni pulak UPT. Tapi tu lah da keluar semua dah. Completely miscarriage.  Kuasa Allah. Allah sayang aku sangat. Cuba kalau aku cek awal & find out pregnant. Lepas tu gugur. Mesti down habis. Atleast aku tau, aku boleh pregnant. Tu pun dah happy sangat-sangat dah. Husband aku cakap, maybe ini pregnancy yg tak jadi, baby tak develop, sempat jadi kantung je. Takpelah ade sebabnye tu. Nanti cuba lagi.

Mcam tulah aku deal dengan PCOS. Stress gak la nak tenangkan diri. Nak rawat diri perlukan kesabaran. Aku banyak membaca kat google hehe. Mane lagi nak bace kan. Lepas tu aku akan double confirm ngan laki aku balik. Kadang dia dapat jawab. Tapi selalunya dia tak sure la hahaha. Adoi.

Aku share ni sebab aku rase information ni penting sangat-sangat untuk PCOS fighter macam aku. Seriously clueless sangat masa mula-mula tu. Blog-blog & experience orang la jadi referance aku. So aku rasa aku kena share bende ni.

Next post aku citer pasal clomid ok.

Doakan aku ade rezeki gaiss


TTC Part 2
TTC Part 3 







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


 

Copyright 2016 © LabyRinth. Design by Ayu Barbydol