Tuesday, July 22, 2014

Tips hilangkan bintik-bintik chicken pox tanpa menyebabkan parut di Muka

Salam 24 ramadhan.

Lagi 5 hari nak raya. Mood raya belum datang. Mood sakit pulak datang menimpa-nimpa. Tahun ni punya ramadhan macam-macam sakit aku dapat. Kifarah kot. Aku rasa mesti sebab selalu ponteng traweh mase awal-awal tu sebab Allah balas kau tak boleh pegi traweh malam-malam last puase ni. Nangis sangat. Nangis dalam hati je. Padan muka. Malas lagi. 

First week puasa sakit gigi sampai boleh makan bubur je. Second week pulak sakit bibir pecah-pecah sampai luka-luka sebab kurang air. Masuk third week aku start demam 2 hari lepastu badan tetiba tumbuh bintik-bintik berair. Makaihh chicken pox la pulak. Chicken pox ni demam tak lame tapi bintik bintat ni la. Dah la gatal Masya Allah. Kalau tergaru sikit je pecah kluar air. Rasakan kesakitannye. Mantap sangat. 

Imagine la weyh, raya 5 hari lagi tau mane sempat nak hilangkan parut kat muka? Macam mane nak amik gamba raya nanti? Jap jap..macam mane nak raye rumah sedare mare nanti. Adoiyai tak comey ar cemni. Penat je consume Ephyra untuk nak berseri di pagi raye (Kengkonon beseri la) tapi.. and I have to start all over again. Double double sedih la macam ni..hmm.. raya pun stahun skali takkan sacrifice cemtu je kot. Taper I ade 1 tips cane nak hilangkan bintik-bintik chicken pox tanpa menyebabkan parut. kikiki. And dah buat pun boleh la menjadi jugak la.

Pemuda 1. 
(Kenapa pemuda? sebabnye orang muda yang kate bukan orang tua. kihkih.)

Cara ni sebelum ade parut maksudnya untuk elakkan parut. First skali, biarkan bintik-bintik tu semua kering sepenuhnya. Dia akan turns colour to dark choco tak pun kehitaman. Tu maksudnya dah kering la. Kalau belum jangan buat lagi sebab mungkin akan berdarah and confirm akan jadi parut.

Second, amik vaseline. Murah je RM 5 untuk botol kecik boleh beli dekat farmasi. Colet dan letakkan kat atas bintik-bintik yang dah kering tu. Letak banyak sikit pun taper. Ingat tau letak banyak sikit. Tunggu lebih kurang 10 minit and try remove bintik tu. Youolls akan rasa senang je nak remove, tak sakit, tak berdarah and takkan tinggal parut compared kalau kopek begitu saja. Sakit wooo.


Petua 1. 
(Yang ni baru orang tua yang kata.)

Cara ni pulak kalau memang dah ade parut. Contohnya kalau kudis yang belum kering lepas tu korang kopek pulak kan mesti ade parut nanti so bleh cuba petua ni. Tumbuk kan sikit kulit kayu manis yang buat masak tu. Tumbuk biar hancur sikit lah. Lepastu campurkan dengan bedak sejuk dan lumurkan pada tempat yang berparut. Cara ni lambat sikit memerlukan masa. Takpe nak cantik kan? kene sabar ye. heee.

Okey tu je. "Tips" sangat kan? hahahaha. Selamat mencuba lah.






Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


 

Copyright 2016 © LabyRinth. Design by Ayu Barbydol