Sunday, July 14, 2013

DIY bunga hiasan LovelyLace


Assalamualaikum


Hari ni terasa-rasa nak buat DIY pulak. Alang-alang nak raya kan marilah kita spend kan sedikit masa untuk cantikkan rumah. Nanti bila kengkawan ke boyprennn ke datang beraye bleh la kembang kuncup tengok hasil air tangan kita kan. Ehehehe. Yang ni taktau pulak nak bagi nama apa. Function pun tak tahu apa. Cuma tetiba dapat ilham nak cantikkan sikit mak punya kitchen kabinet yang before ni kosong tak berseri tu. 





Nah bahan-bahannya Dawai, bunga, riben, hot glue gam.



Okeh 1st step, potong dawai mengikut panjang yang kamu mahukan dan bentukkan dawai tu jadi bulatan macam dalam gambar. Lepas tu lilit dawai dengan riben dan kemaskan lilitan.


2nd step, dah boleh lekatkan bunga kecik-kecik tu susun ikut sedap mata memandang. Daun tu jangan dibuang ye boleh selit diantara bunga. Barulah nampak lagi cantik cikit kalau tak letak jadi kosong sangat pulak kan. Bunga tu ikut suka hati nak letak brape kuntum. Kalau nak buat kasi penuh keliling circle pun boleh jugak lagi cantik uollz.


Taraaa dah siap satu. Repeat step 1st tadi untuk buat banayak-banyak cket baru cantik.


Hah this is what I mean. Since kabinet mak ni warna putih so nampak dull sket lah. Dengan permainan warna dan bunga hah glowing kau.



Kerja-kerja craft, kreatif, DIY ni memang feveret la since kecik lagi. Dulu masa umur 6 tahun dah pandai buat bunga daripada straw. straw minuman tu, tapi yang bermacam-macam kaler boleh beli kat kedai bunga. Memang dari dulu suka nau wat benda-benda gini tapi masa kecik mak selalu tak bagi buat sangat sebab tak jadi mane pun buat sepah je lebih. Bila dah besar dah ada ilmu + imaginasi yang memberangsangkan semua hasil kerja dah semakin menjadi and mak pun suka je kat benda-benda yang aku buat ni siap suruh buat lagi ade. Hah tengok tengok..bagus en anak mak sorang ni eheh. Okeh. Slamat mencuba and Happy 6th Ramadhan :)



Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


 

Copyright 2016 © LabyRinth. Design by Ayu Barbydol