Sunday, August 4, 2013

Potato Salad untuk western lover..Mesti cuba ni!


Walaupun aku penchenta giveaway tapi aku tetap nak selitkan entry-entry ilmiah dalam blog Ni. Wah bajet macam boleh score 3.5 ye kalau baca blog kau nih? Boleh, kalau kau amik subjek masak-masak lah kalau kimia math fizik haram jadah la iollz nak jawab sebab masa matrik dulu pun cukup-cukup lepas kais pagi makan pagi je. Ahaha. Sejak-sejak bulan puasa ni pegi bazar petang-petang pun boleh jadi hobi. Even mak masak pun mesti pegi jugak kot-kot ada kuih muih terbaru ke yang belum penah rasa.

Bab makan yang mak masak aku tak cerewet kalau nasi, telur dengan kicap pun selera tetap tiptop macam makan kambing golek. Tapi masalah kalau bab beli-beli ni. Pantang kalau dah beli makanan mahal-mahal lepastu tak sedap. Peniaga-peniaga ni mesti da biasa masak kan? Tapi kenapalah rasa still tak semegah mana. Lebih baik masak sendiri perut kenyang hati pun puas. So hari ni nak kongsi menu western berbuka puasa ni kat kamuorang. Sambil makan bleh la feeling-feeling omputeh cket.




Bahan-bahan:
Kentang (direbus letak kiub ayam cket)
Isi ayam  (tambahkan lada hitam, lada putih kicap meggie biar selama 15 minit atau lebih)
salad
mayonis


Mula-mula rebus kentang dan letak kiub ayam supaya rasa ayam tu meresap dalam kentang, sedap siryes. Lepastu goreng ayam yang sudah dipoyong kecil yang dah diperam tu. Lepastu kentang & ayam yang  dah siap tu campurkan semua skali dengan salad yg dah dipotong. Okey now kita nak buat dressing dia yang sangat yummy. Just letak mayonis sesedap hati. Aku lagi suka guna thousand island lagi mengancam. Then masukkan lada putih & lada hitam kemudian gaul sebati. 





Voila! Does it look so yummy?? Jap nak pantun cket..

Tak cuba tak tau,
dah cuba baru kau tau.

Hehe..Selamat mencuba..



Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


 

Copyright 2016 © LabyRinth. Design by Ayu Barbydol