Tuesday, October 30, 2012

Kami akan berpindah


Beberapa minggu lagi bakal move ke rumah baru. Seronok tak..? Aku seronok la..engkorang tak tau la pulak kan ehehe.Yup rumah baru. Biaselah dapat yang baru lame mesti ditinggalkan. Phew puaka giler statement. Tak lah.bukan bukan..Begini, lagi sebulan abah dah nak pencen. Sejak dari lahir we all memang menetap kat quarters hospital sebab mak ngan abah kerje kat hospital. So masuk tahun ni genap lah 20 tahun duduk sini. Macam-macam kenangan ade. Rasa sayang pulak nak tinggalkan. Hospital ni la tempat aku bermain kira macam play ground la time kanak-kanak dulu. Kalau boring-boring dulu selalu ajak abang and the geng gi melawat wad kanak-kanak kat depan tu sebab kat situ ade taman permainan. Dulu kawan-kawan abang aku tu lah kawan aku. Bezt gila. Lepas dah besa ni tak bleh la join lagi dah. Ideologi dah berbeze. Mak pun tak bagi. Mak kate 'Duduk rumah! jangan sibuk nak mengekor abang tu". hehe.

 Lepas tu bila da besar sikit aku selalu ziarah mini market kat dalam hospital tu beli megazine beli jajan macam-macam. Kalau boring tahap nak gila pun wad-wad tu lah aku ziarah. Pernah sekali ade patient kurang siuman berlari-larian kat tengah padang sambil berbogel. Ho makk terkejut aku yang melihat nye. nasib baik lelaki. Takde lah ape sangat. hakhak. Kalau perempuan wat pangai gitu aku pulak yang malu.
Biaselah kadang-kadang dorang ni bukanlah gila cuma kurang siuman sikit je lepas tu ada jugak yang diberi rawatan kat sini keluarga pulak tak jenguk-jenguk. Kesiann.. Sempat jugaklah dulu pasang angan-angan Minah Jenin nak jadi doktor. Iyelah dekat 20tahun hidup berorentasikan hospital semestinye lah terpengaruh. Tapi bila masuk matrik, merasa sendiri macam mane azab nak score kat matrik tu, takpe lah kita tukar lah cita-cita kalau macam tu hihi. Tempat ni memang bagi kenangan pada aku. Even satu hari nanti kita berpatah balik pada tempat yang sama, semua kenangan tu takkan ada seperti dulu. Maka dengan itu, hargailah setiap masa yang ada.



Hospital Banting. Ni la pintu keluar dia.


Yang ni pulak pintu masuk. Nampak tak bangunan tingggi sebelah kanan tu? Yang tu
Balai Polis. Beza sungguh. Balai Polis sangat gah 7-8 tingkat tapi spital setingkat je.


Ini bahagian Kecemasan. Emergency. Kalau malam-malam tetibe sakit kan spital tutup.
So datang sini lah amik ubat. Beberape kali jugakla penah masuk sini, sakit perut,jatuh basikal, dulu mase kecik nakal sikit. Nasib hospital dekat.hee.


Yang ni pun aku penah naik. Pegi sekolah lagi. haha. kau hado?
Mase tu kawan abah yang hantarkan pegi sekolah. Boleh pulak dia hantar naik benda nih.




Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


 

Copyright 2016 © LabyRinth. Design by Ayu Barbydol