Monday, October 29, 2012

Still Trying


Tadi ade date dengan mak. Dalam pukul 12.30 lebih kurang aku siap-siap pastu amik mak kat office. Mohon perubahan ni taklah drastik sangat dan tak lah nampak sangat pada pandangan orang. Kalau boleh tak nak orang ubah persepsi pada aku yang dulu dan sekarang. Bia Allah je la yang perasan. Harap-harap orang lain tak perasan. Hmm dah lame sebenanrnya terdetik kat hati nak turns a new leaf. Cuma masa, keadaan dan ketetapan hati je. Nak berubah tu senang, tapi nak kekal dengan perubahan tu lah payah. Boleh ke istiqamah? cukup kuat ke untuk aku teruskan? Yang pasti bila aku dah berubah aku kena kekal dengan perubahan tu. Bukan setakat tu, perlakuan, amalan pun kena seiring same. Sebelum keluar rumah tadi selongkar laci mak dulu cari hand socks. Oke jumpa! ambik yang colour oren contras cikit dengan baju. Dah puas hati then cari stokin pulak. Light brown colour. Lepas aku sarungkan sandle kat kaki je nampak pelik la pulak. Pelik dan kelakar. Cube try-try jalan jap. Rasa kelakar lagi. Takpe lah orang yang mula-mula decide nak pakai tudung pun dorang akan rasa dorang nampak pelik jugak. Tapi lama-lama everything will be oke. InsyaAllah dipermudahkan.

Memang hidayah datang dari Allah, tapi kadang-kadang orang pun boleh jadi punca datangnya hidayah. Ntah la. Just tak tau nak cakap macam mane. Mungkin aku dikelilingi rakan-rakan yang amalannya jauh lebih baik dari diri ni, buatkan aku mahu berubah ke arah jalan yang lebih baik. Kita adalah dengan siapa kita berkawan. Dah lame da rase macam ni. Tapi takut nak amik first step. Maka sempena hari raya korban ni. Aku akan cuba korbankan sedikit demi sedikit masa-masa lampau aku. Tapi aku takut semua ni kejap je. Dugaan nak berubah ni besar . Doakan aku ye kawan-kawan. Aku tak boleh nak completely  jadi yang terbaik. Aku cuma boleh cuba. Mohon Allah permudahkan.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


 

Copyright 2016 © LabyRinth. Design by Ayu Barbydol