Saturday, December 29, 2012

Study. Doa. Berserah.



Susah betul nak study masa study week nih. Study sejam rehat lima jam. Selagi tak last minute memang tak bleh focus. Tulah dia pelajar cemerlang study last minute pastu sampai tak tido malam. Esok nak gi exam bawak lah mata panda tu tunjuk kat orang ‘oh malam tadi aku tak tido, study, rajin kan aku’.  Thumbs up.
Macam mane eh  korang seru nafsu belajar tu? Stakat ni lah rase aku motivate kan diri sendri dengan tengok flight tiket hari-hari. Hehe. Lagi cepat habis lagi cepat balik weyh~. Kira macam reward kan diri sendiri jugak la kalau  dapat perform well masa exam aku akan belanja diri sendiri balik rumah naik kapal terbang. Haha poodah. Sebab memang tu je yang kite ade. Nak naik bas? Oke try la mrentas laut china slatan tu. Tengok sampai tak sampai.

Biaselah nak buat benda baik mesti ada je gangguan. Yang penting ikat kuat-kuat azam ape nak capai untuk semester ni. Teringin weyh nak dapat dekan. Tak dapat dekan anak dekan pun boleh kot.  Takpe mari kita sama-sama baca doa ni before nak start belajar keyh. Aku suka doa ni sebab eberytime aku baca before nak study macam senang je nak lekat rase macam menjadi je. Moh le terrai yang penting nak belajaq hati kena ikhlas.




Doa ni pulak mak aku pos dari semenanjung. Pos ok. Tak main lah post-post kat fesbuk nih dia pos laju lagi tau. Hehe. Dari sekolah rendah sampai dah masuk universiti ni tiap kali nak exam memang mak  lah yang paling semangat.  Mesti die monitor semua benda segala jenis pil minda semua dia beli. Engkorang sebutlah ape jenis pil yang aku ta penah coba. haha. Tapi dah besar ni kurang sikit lah mak dah suka bagi nasihat and doa je dari jauh. Yelah dia tau anak dia dah besar kalau malas tanak belajar  diri sendiri yang rugi. Thankx mak ^_^ 






Bezt of Luck eh korang. Buat betul-betul  masa exam jangan meniru tau nanti masuk neraka :P Solat jangan tinggal doa banyak-banyak lepastu jangan lupa call mak ayah before gi exam mintak restu lah sikit. Haa kau tengok, aku pun dah ade bakat mak mak. Wahh ! eh no focus focus. Semoga ilmu yang Allah pinjamkan kat kita  diberkati oleh-Nya dan semoga boleh buat masa exam nanti. Aamin.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



 

Copyright 2016 © LabyRinth. Design by Ayu Barbydol