Thursday, January 3, 2013

My BIG day~ Jumaat yg Indah



Tahun baru. Azam baru. Umur pun baru.

Happy bezday to me
Happy bezday to me
Happy bezday to me
Happy bezday to me

Masuk tahun  baru semua  nak berazam baru. Borink cakap fasal azam baru. Jom kite review azam zaman dolu-dolu . Azam masa darjah enam dulu. Tau ape? Hehe malu la titew. Masa tu aku cakap kat diri sendiri aku nak kahwin 10 tahun dari sekarang. Tu azam tau bukan berangan eh bukan.

Masa tu umur baru 12 tahun. Masuk hari ni genap dah 21 tahun. And aku still keep that aim in the deep of my heart.  Whoahh biaq betui? Betul lah asal tak caye? :P Bermaksud di sini ade lagi setahun untuk melengkapkan pencarian sebelum tahun depan sebab tahun depan dah 22. Kalau aku dapat capai aim ni maka azam seorang budak masa dia umur 12 tahun tu tercapai la kan. Rare tak rare???  Mane budak dajah nam lain ade azam macam ni angkat kening , angkat kening cepat . Hah tader.. rare sangat lah tu.

Tapi hidup ni kan bukan sekadar  berazam, ber impian tak pun verangan minah jenin semata. Dia lebih kepada logik dan tanggungjawab . Kalau impian tu nak jadi angkasawan tapi Newton’s First Theory pun kau tak minat nak amik tau tak boleh jadi kan. Tak logik la macam tu. And kalau kau kata kau nak pinang anak dara orang tapi sebenarnya kau tak berapa mampu nak tunaikan sepenuh tanggungjawab kat dia pun tak boleh kan.

Maka kat sini  azam masa 12 tahun tu perlu dimansuhkan  walaupun rase macam ‘alaa dah 9 tahun   ber-azam takkan tetibe nak cancel pulak’. Sebab… banyak lagi weyh benda tak settle. Degree pun terkontang-kanting lagi. Lepasni kalau ade rezeki master pulak. Pastu kerja. Mane nak kumpul dwet buat bisnes lagi. Pheww memang banyak lagi yang perlu  dibuat sebelum betul-betul sedia nak melangkah ke alam tu. Entah ade ke orang yang betul-betul boleh layan kerenah aku macam mak ngan abah layan aku. Definitely tak ada. Sebab walau sesayang mana pun boyfren engkau pada diri engkau,  takkan mampu saingi sayang dari mak and abah. Ingat tu.

Aku bukan type yang senang nah luah-luah pasaan ni. Memandangkan hari ni bezday aku so tak salah kiranya ke-macho-an hari ni ditundukkan sedikit. Kepada mak and abah terima kasih sangat-sangat sebab dah lahirkan and besarkan adik *ade adik pun still panggil diri sendiri adik. Tengok manje tak manje tu name dia.* Dah 21 tahun dah. Kejap je kan.  Rasa macam baru je tadi main lubang tikus dengan kengkawan setadika Balqis.  Rasa macam baru semalam berHUHA-Huha dengan  payung rangers. Ceyh Payung Rangers kau!  And rasa macam kejap sangat aku melepasi life dekat matrik yang sangat-sangat –sangat awesome. Ahh  Kenangan. 

Sekarang  ni masih sedang  berusaha nak jadi anak yang paling baik antara 3 orang anak-anak mak abah ni. Hehe  paling penting  berjaya dunia dan akhirat. Semoga  mak and abah sihat, panjang umur  murah rezeki dapat tengok adik amik scroll masa convo nanti. InsyaAllah aamin. Heyy heyy amin lah ramai-ramai. Tau tak doa seorang muslim untuk orang muslim yang lain tersangatlah makbul. So kalau ade sape-sape nak suruh aku doakan roger  je  keyh..hehehe. Last but not least Happy bezday for those yang celebrate birthday jugak hari ni. Happy Birthday sweethearttsss! Happy Birthday beautiful creature!  ^_^.




I’m a 21 year old Cognitive Science student in Universiti Malaysia Sarawak, dijangka bergraduat pada Oktober 2014. Bakal pendidik yang lemah lembut, baik hati lagi diminati ramai. *kihkihkih* 
Dan dan dan Business Lady yang bakal kaya raya. Insya-Allah amin.amin.amin.






4 comments:

  1. eh2. hari lahir kita sama lah.. heppy bday to u ;)

    ReplyDelete
  2. Happy Birthday~ ^^ May Allah Bless you~ ^^

    ReplyDelete
  3. Hapy Birthday Pira comeyyyy...muah3!!

    ReplyDelete
  4. happy belated birthday . . tarih birthday awk beza 1 ari jek dgn akak hee

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



 

Copyright 2016 © LabyRinth. Design by Ayu Barbydol