Saturday, May 11, 2013

Friend Zone..kau kan kawan aku





Kau datang sebagai kawan
Aku terima kau sebagai kawan
Kita meseg kita gayut kita wasap pun sebagai kawan 

Tiap tahun kau wish slamat hari jadi kat aku. Normal lat tu en dah nama kawan
Lepastu kau ajak kita kuar, sebab kita kawan aku oke je lah
Rupa-rupanya kau nak bagi hadiah bezday aku, 
sebabnya…. 'saja bagi hadiah kat kawan'

Tiap malam kau call aku tanya khabar, aku tanya kau balik
Apasal pemurah sangat tak reti save kredit ke?
Kau kata ‘alah pasal kawan ape ade hal’

Bila balik cuti semester kau lah paling semangat ajak jumpa
katanya Da lame tak jumpa 'kawan aku sorang ni'

Kalau aku sedih aku stress mesti kau selalu ada
Kau kata ‘aku kan kawan kau’

Masalahnya, aku ni kawan ke lebih dari kawan?
Aku tak buduh untuk nak determine macam mana layanan seorang kawan
Dan aku rasa kau pun tak pura-pura buduh yang kawan tak kan layan kawan 
sampai macam ni.

Maaflah . Bila aku terima kawan sebagai kawan, 
mana mungkin aku tukar kawan lebih dari kawan.
Kau kawan terbaik dalam sejarah senarai kawan-kawan aku.

Kita boleh gayut kita boleh weechat kita boleh skype 
tapi jangan pernah minta aku langkau garisan kawan 
yang dah lame aku lukis antara aku dan kau sebagai kawan.

Macam mane macam mane pun. Kau kawan aku dunia akhirat. 
Aku sayang kau tak lebih dari seorang kawan.





Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


 

Copyright 2016 © LabyRinth. Design by Ayu Barbydol