Thursday, February 27, 2014

Aku baru seribu

Walaupun orang lain followers dah beribu-ribu aku tetap bangga dengan pencapaian blog aku yang baru mencecah seribu ni. Kahkah. Bukan senang ok. Dah la jarang update entry, join GA pun boleh kira gune jari la after 4 tahun tercapai jugak. Bagi aku Blogger adalah orang yang sangat-sangat rajin. Bukan senang nak menulis weyh lagi-lagi kalau dah terberenti lama nak sambung buat  intro pun boleh makan 5 jam.  Pastu nak follow pulak bleh tahan jugak nak kene gune akaun google la tekan tu ini la. Belum masuk internet lmbat lagi dah abiz smua step pastu error pulak cisss . Memang tebantut nak blogwalk. last2  tutup terus  tengok 3 Idiot lagi bezt.

Well  blog la tempat aku express my self. Tempat yang takde orang bangkang apa yang aku nak cakap. Tempat yang kawan-kawan aku tak tau. Kot-kot terkutuk ke termengata ke so selamat sikit la rasia en hikhik. Dulu penah sekali aku kene sindir dengan someone. Memang aku perasan masa tu dia kerap jugak singgah blog and komen. Tapi aku jarang sangat balas. Bukan ape line internet aku tak penah stabil. Aku duduk dekat Samarahan. tak boleh lah expect internet kat sini berdesubb macam pakai unifi. Kat sini tader tau. Even tak la jauh sangat dari bandar tapi dia punya line macam siput terencat engko tau. Lepastu nasib selalu tak baik pulak dapat blok yang memang line macam haremmm lah. Bile time nak komen tu kadang-kadang sampai button publish tu tak function. Gigih tau kekadang bangun 4 5 pagi semate nak bukak blog tapi terlupa pulak nak balas komen kawan tu. Masuk pukul 7 pagi line dah terencat  balik adoiii. Dah! malas nak citer. Cakap pasal line boleh buat bertumbuk.


Yelah katenye followers tak sampai seribu pun tapi sombong bukan main. Macam tu la lebih kurang. Walaupun  tak mention aku, tapi aku sentap tau. Aku kan boleh read orang punya mind aku tau la. Ceyhceyhceyh haktuiiii bleh read kunun  Haha. Saudara dan saudari sekalian, bukankah agama kita mengajar untuk bersangka baik. If we not in other’s shoe janganlah anggap orang itu yang bukan-bukan. Try to be husnu zhon. Bersangka baiklah. Aku pun kalau blogger lain tak balas komen, aku tak pernah marah. Mungkin dorang buzy, jaga anak, jaga laki. Tak boleh lah nak judge mereka yang bukan2. Entah-ntah dia ade problem macam aku yang coverage ape pun susa betul nak dapat. Just back to our initial intention. Sebab ape nak tulis blog? Nak share input and output dengan orang, nak share knowledge, nak suka-suka kan? So jangan la sebab dia tak balas komen engkau jadi marah-marah. That is so immature sayang. Alah, lagi pun manusia kan memang macam-macam ragam so aku just wat lek wat peace je lah malas nak layan sangat. kihkih. bleh tak macam tu?




Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


 

Copyright 2016 © LabyRinth. Design by Ayu Barbydol