Tuesday, May 20, 2014

Teka teki untuk tau kita ade penyakit mental atau tak

Assalamualaikum.

Aku kadang-kadang rasa jugak nak menangis tanpa sebab spesifik. Sebab tiba-tiba je rasa nak nangis. Hailaaa aku assume ni smua hormon perempuan yang tengah upside down. Orang cognition haruslah pandai manage emosi and otak sendiri kan. Cakap senang tau. Susa tau nak hadle stress dalam minggu-minggu terakhir semester ni. Student mane tak busy kan. FYP tak siap tulis lagi niiii stress nya lahaiii tapi malas nak buat haha. Taperlah sampai due date nanti siaplah tu. hehe. Jom main teka teki.  Teka-teki ni kawan aku yang bagi. Dia tengok kat cerita ape ntah tapi Interesting hokey. Jawab jujur tau. Teka-teki ni berfunction untuk tentukan korang psiko ataupun tak. 

Ada 2 orang perempuan, mereka adik beradik. Satu hari mereka hadir ke satu upacara pengebumian. Semasa menghadiri upacara pengebumian tersebut mereka terjumpa dan terpikat dengan seorang jejaka. Kedua-dua adik beradik ni jatuh cinta dengan jejaka tersebut. Pada keesokan hari, salah seorang dari dua beradik tu meninggal. 

So, soalannnya ; Kenapa dia meninggal? Siapa yang menyebabkan dia meninggal?

ahah!. Jawab cepat. Jawab cepat.



































Dapat tak? dapat kan....
Macam ni jawapan dia, kalau orang normal dia akan fikir perempuan tu mati sebab yg lagi sorang tu yang bunuh. Motif nya cemburu.

Tapi...kalau orang psiko, dia akan fikir lain sikit. Yang mati tu kene bunuh dengan perempuan yang satu lagi tu. Sebabnye perempuan tu nak jumpa lelaki yg dia minat tempoh hari. Yelah dorang jumpa masa upacara pengebumian, so kalau ada upacara pengebumian lagi mestilah dia dapat jumpa dengan lelaki tu lagi. Haaa ade sape bagi jawapan cemni tak? baik pegi check skarang. hikhik. 












No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



 

Copyright 2016 © LabyRinth. Design by Ayu Barbydol