Monday, September 29, 2014

Tunggu rezeki turun dari langit


Assalamualaikum,


Hari ni cuti rehat. Waktu bertenang katenye.


Rehat dari segala macam job interview mahupun job hunting.


Cuma tunggu rezeki jatuh dari langit pappp depan mata.


you wish zafirah.


Minggu lepas aku attend interview untuk position 'Admin executive'. Punya banyak position, yang ni yang sangkut.


Sebab penah jadi secretary dulu, aku sadokan diri untuk attend. At least tau la sembang ape nanti. Tapi bos tu treat macam aku apply marketing.


Awal-awal lagi dia da kata ' we are searching for independent candidate. Yang baru-baru nak blaja ni saya takde mase nak ajar'.


sentap sikit.


Lepastu dia bagi pen pilot yang kat tangan dia and then dia cakap
'Awak ade advantage dari candidate lain sebab awak ada belajar psikologi which is very important in this company. Cuba gunakan ilmu tu pujuk saya beli pen ni'.


Sikit lagi nak kene strok.


Aku pandang pen, aku pandang dia.


Aku pandang pen, aku pandang dia balik.


Kalau buat-buat pengsan mase ni, aci tak?


Semangat aku tanak mengaku kalah mase tu. Sahut jugak lah cabaran dia. Tapi kalau tanya balik ape aku jawab time tu, sumpah tak ingat.


Yang aku ingat mimik muka dia. Sekejap-sekejap dia angkat kening. Lepas tu die gelak yang tak ikhlas langsung.


40 minit. gila ape interview patploh minit.


Lepas keluar je aku da longlai. Balik rumah aku demam.


hahaha.


Dipersilakan gelak. Make sure jangan kluar suara. Aku dengar je siappppp


Aku rasa aku tak short listed untuk second interview. So nak taknak aku kene ikut cakap abah untuk keje kat company kawan dia.


Abah tu kalau boleh nak aku keje depan rumah.


Tiba-tiba semalam aku dapat call dari company tu balik untuk second interview. siryesly?
based on my performance aku memang betul-betul rasa tak dapat.


what to do? tepakse tolak. Lagi pun macam da tawar hati.


psiko aku sangat sampai demam knape


huh.


Somehow Im still a cry baby.


Masih anak abah.




Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


 

Copyright 2016 © LabyRinth. Design by Ayu Barbydol