Tuesday, July 24, 2012

Entry ini berbaur siryes


Disebabkan ini entry siryes, maka takkan ada satu pun patah bunyi gelak. Atau kalau nak gelak jugak pun memadailah dengan satu suku kata saje HA!. Oke da cukup mari kite kembali siryes. Macam da terlambat tapi rasanya belum terlambat lagi untuk aku wish tahniah to junior2 matrik and warga-warga STPM. Seronok pulak tengok d0rang post-post status yang da dapat tawaran futher study buat degree. Lebih kurang genap stahun gak la mase aku lalui saat-satu tu. Gila tak neves.

Kalau nak cakap pasal jatuh bangun terduduk tersadung terjelepok memang aku boleh jadi volenteer lah nak citer segale kejatuhan yang melanda diri hewhew *yg tu bukan gelak tau :P Ingat tak  subjek sejarah zaman sekolah dulu, 'Orang yang melupakan sejarah mesti akan mengulangi kesilapannya'. So tengahhari ni aku nak review balik sejarah silam yang da hampir aku lupa. But aku nak kenang for the entire of my life.

2011..tahun lepas..erk? rasa macam baru kejap berlepas kan.Tapi tinggal banyak memori sedih duka happy pilu. Kira macam zaman kejatuhan la tahun lepas tu. Banyak benda yang aku failed untuk achieve. Aku jatuh tersadung pastu tergolek-golek masuk longkang *oho masuk longkang tu tipu. Salah satu nyer and yang paling besar meng-impak diri tulah result UPU. Alhamdulillah aku tengok junior2 batch kali ni mostly dapat yang memang best la. Apa yang dorang memang nak. Apa yang dorang deserved. Of course la kan. Kalau nak jeles pun dapat ape la kan. So, say no to jelousy.

Untuk aku mungkin Allah da sediakan yang terbaik, paling baik untuk diukur dengan skala kemampuan aku sendiri. Yang tu aku pasti. Walaupun sampai skarang aku still  rase macam where and what is the hikmah behind all this. Nun jauh kat Sarawak. Aku dapat something yang aku ta pernah fikir pun. Tu lah agaknya rahsia Allah kan. Agak terduduk la gak  mase tu tak tau nak pike ape. Disebabkan aku terlampau fokus dengan aim nak amik major in biology or takpun ape2 je yang relate to biology, aku jadi lost, sebab aku tader backup plan  in case aku tak dapat pe yang aku mintak. pehhh pedih gileer. Siryes.Masa depan tu masa depan tau? Macam mane kite nak ubah bila kita dah ada  cita-cita tapi kite terpaksa ubah. Kite kena accept yang kita tak boleh jadi macam tu. Macam mane nak ubah mind set tu? hmm..Mak n abah serahkan bulat-bulat keputusan kat aku since aku yang akan belajar kat sane. Dah aku pun tataw cemaner nak betulkan life yg tengah upside d0wn mase tu. 360 degree pusing 8 kali pening x pening?? haa camtula rasenyer..

Hari berganti hari berganti minggu dok pike, perlu ke na accept offer ni. Kalau tak accept nak pegi mane lagi kak Jemah oi. We all tak kaya pulak nak masuk private kan. Hmm jauh dari family n of course betambah jauh dari dia. Dari melaka bepisah sorang balik johor sorang balik selangor. Lepas tu seperate lagi sorang ke Perlis and lagi sorang ke Sarawak. Fuhh. Long Distance Relationship yang memang betul2 long nih. At the beginning dia tak bagi. Siap kata lagi kalau aku pegi hubungan tu takat ni jer lah tak kemana pun Sedih betul bila boyprengg kite tak support. Berganda-ganda sedihnyer wa cakap luu. Tapi bila review balik dia punya reason sebab distance kitorang akan betambah jauh macam betul jugak. Tapi ni mase depan beb. Masa depan ker chinta hati. Oke da tau pe jawapan korang. YElah. Mestilah pilih masa depan. Allah dah tulis tempat aku kat sane. Sedih cemane pun tempat aku masih kat sane. So aku accept. Aku redha je..Aku accept and aku redha jer..redha tu ikhlas..pasrah tu menyerah. Aku rasa aku pasrah kot time tu hehe.

Tapi takkan lah sebab ni aku nak lepaskan dia cam tu jer. Dia pun masa depan aku jugak..eww sentimental! Maka dengan itu terpaksalah aku jalan kan kerja-kerja pujuk memujuk. Giller penat 2 jam nonStop pujuk dia through the phone tapi dia hanya diam 5000 bahasa. Memang mase tu aku cakap dengan kipas lah. Kipas pun ade bunyi, rase lah dihargai sikit :P Sebab dia memang macam tu, selagi tak puas hati dengan ape aku cakap selagi tu la dia membatu, mendinding dan menembok.haha. At last, dia accept jugak la kata-kata aku. Aku cakap macam ni..

Oh my dear, WhereEver I go I promise 
I will always remember you,
I'll text you,
I'll call you through the phone even day and night,
w'll never flirt with others.
And always bear in mind that you are special someone whos created for me.


Gila tak cair kalau aku cakap cam tu bhahaha. Boleh la amik ntuk nak pujuk boypreng engkorang kan. Nak speaking plak ngan dia kan. Tader maknenyer. Tader nyer sampai speaking bagai. Sebab kalau cakap base mlayu mestilah jiwang die over sikit kan takkan nak cakap kot malulah saye.hakhak. sudah jangan nak menggedik. so display in english ajer lah.

Alhamdulillah lepas semua settle. Aku berangkat ke sane dengan hati yang hambar nasib baik mak abah adik ifah pun ikut hantar sampai sane. Oke la jugak. Now da setahun. For the upcoming september ni aku da in second year. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Allah permudahkan semua urusan aku selama setahun aku belajar kat Unimas. Belajar oke. Result pun oke. Alhamdulillah lagi. Even other saki baki pilu jugak sebab ta dapat belajar kat semenanjung, tapi aku still besyukur at least belajar kat tempat orang timba ilmu kat tempat lain and  the best part is dapat naik airplane 6x setahun.kau hado?  :P

Now, still searching for those hikmah dan kebahagian yang Allah janji pada setiap hambanya. Perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan sentiasalah Redha dengan apa saja yang DIA dah tentukan. Kadang-kadang tu memang kite rase macam susah jer nak terima semua ni. But we have to believe in Allah yang dia takkan sekali pun aniaya hamba dia. Pujuk la hati tu selagi mana kita boleh pujuk ingatkan dia yang setiap perkara tu mesti ada sebab musabab dan hikmah yang terselindung. Believe in Allah .

Surah Al-Baqarah Ayat 216 :

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.





Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


 

Copyright 2016 © LabyRinth. Design by Ayu Barbydol