Tuesday, July 24, 2012

Makan kurma tu sunah nabi



Kurma ni bila time Ramadhan dia memang femes bila Ramadhan habis ke-femes-an nya pun agak merudum.Maka agak berada la pada kebanyakan tauke-tauke kurma di bulan ramadhan. Pastu bulan lain ade orang nak beli ke? ntahla aku pun belum discover lagi. Nantilah kalau ada rezeki jadi bini tauke kurma aku update balik entry ni. hakhak! pengsan dengar statement sendiri. Haa selain makan kurma tu sunah nabi ape lagi korang tau pasal kurma? erk..kalau da tau pun kena bace jugak ta kire. 



surah Maryam ayat 25 :

Maksudnya :   "Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.

(Surah Maryam : 25)
 *sumber


Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.

Tengah hari tadi lepas tengok WHI terus terasa nak buat entry pasal kurma. Kenape tak ye kite amalkan makan kurma bukan je masa ramadhan tapi diteruskan setiap hari. One thing yang aku kagum sangat pasal khasiat kurma ni yang mana aku pernah dengar dalam  satu majlis ilmu, sesiapa memakan 7 biji tamar 'Ajwah' dia akan terkawal daripada kejutan syaitan da sihir pada hari itu. Ya Allah besar kan khasiatnya tapi semuanya mesti dengan izin Allah la, lagi-lagi zaman sekarang ni kan even dah moden habis tapi still ramai orang yang berhasad dengki dan masih menggunakan sihir menyihir ni.


Ada orang tak suka kurma sebab terlampau manis, tapi anda boleh pilih kurma yang jenis kering sikit, sebab mostly yang terlampau manis tu kurma yang agak basah tapi yang kering sedikit tu kurang manisnya. Mungkin taklah sesedap manggis dan selemak durian kat kampung  tu tapi apa salah nya ikut sunah nabi. Pahala dapat sihat pun dapat.


Lagi satu nak share, selain menambahkan tenaga dan buat kita kenyang bila puasa seharian, dalam kurma jugak tinggi dengan magnesium. boleh buat ape dengan magnesium tu? magnesium yang tinggi dalam kurma boleh elakkan kita dari dapat kanser. Tau nape kanser banyak kene kat orang-orang kita tapi jarang kat orang timur tengah? pasal benda nilah.

Tapi ade satu jenis kurma yang umat islam tak digalakkan untu membeli. Kurma berjenama Jordan River. Kurma ini berasal dari Israel. Jika anda membeli kurma ini ianya umpama berbuka dengan darah dan air mata anak-anak palestin. Nak info lenih lanjut klik sini.

Maka dengan itu, kan bagus kalau kita gunakan bulan ramadhan sebagai medium untuk meningkat dan memperbaiki diri disamping memperbanyakkan amal ibadah kepada Allah swt, apa la salahnya kalau tingkatkan juga amalan-amalan sunat yang diamalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W kan..Semoga kita mendapat keredhaan Allah di bulan suci ini dan segala amalan diterima olehNYA. Insya Allah.



Ini pokok kurma. mahu? kait lah sendiri ^_^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



 

Copyright 2016 © LabyRinth. Design by Ayu Barbydol