Saturday, September 8, 2012

^^

Pernah sekali aku gagal dengan misi ingin mengubah seseorang kepada yang lebih baik. Semua terhenti sekerat jalan bila aku rasa dia takkan pernah berubah. Maka biar aku yang berubah. Mungkin aku tak sedar diri yang aku bukan siapa-siapa dan suka-suka untuk nak ubah orang. Tapi untuk kebaikan kenapa tidak? kebaikan bersama lagi. Fair and square untuk dua-dua pihak. Tak tahu lah mungkin aku belum cukup ada  x-factor untuk motivate dia ke arah lebih baik. Lepas tu aku tinggalkan dia.

Aku beralih pada yang lain juga dengan harapan yang sama. Bukan tak boleh terima seadanya. Kalau aku tanya 'kawan baik korang suka mencuri'. Bear in mind yang dia kawan baik korang. Adakah akan anda terima dia seadanya? mesti tidak kan?. Anda pun mesti advice dia untuk berubah . kalau tak banyak sikit la. Same goes to me. Bukan tak boleh terima seadanya tapi yang buruk tu tak salah kalau kita betul kan.

Entah lah. Mungkin aku patut ubah diri aku dulu menjadi yang lebih baik. Mungkin banyak juga dosa aku terdahulu sampai Allah bagi balasan macam ni. Allah bagi sikit je. Bebanan perasaan, Tapi siksanya azab sangat. Demam perasaan tu lagi siksa dari demam biasa. Ya. Aku bukan siapa-siapa. Aku tak layak memasang harapan tinggi. Aku sedar aku siapa.


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


 

Copyright 2016 © LabyRinth. Design by Ayu Barbydol