Tuesday, April 30, 2013

Perjalanan hidup anak2 kurang bernasib baik.Ape yang perlu korang tau.



Sabtu lepas satu hari aku habiskan masa dengan warga Rumah Kanak-kanak Kuching. Aku suka aktiviti khidmat komuniti macam ni. It realize me on how grateful we are. Hidup dalam keluarga yang sempurna. Ada mak abah yang kita selalu minta macam-macam . Tu pun kadang-kadang masih tak puas hati lagi. Orang kata kalau nak bersyukur tengok orang yang lagi bawah dari kita. 


Aku ada try cket-cket korek kisah hidup dorang gak dengan cara indirect la. Terdiam bila ada salah sorang dari mereka ni cakap ‘sik ingat nama mak apa, tapi penah jumpa la’. Nampak tak brape kali je dia dapat luang masa dengan family dia. Ini sangat-sangat lah pilu bagi aku yang blaja jauh ni 2 bulan skali pun mesti nak balik rumah. Ape lagi dorang yang ntah brape bulan tak jumpa family ataupun tak penah langsung jumpa family. Yang menariknya mereka ni sangat-sangatlah mudah mesra. Kejap je dorang akan attach ngan kita. Maybe sebab perhatian yang dorang dapat tu kurang, bila ada orang approach mereka akan cepat mesra.

Masa kitorang  buat sesi luahan rasa ada sorang ni cerita sekarang dia Kristian, nanti dah 18 tahun dia nak convert masuk islam and dia dah bagi tau ibu dia dah. Terharu pulak dengar. Terus aku galakkan harap Allah panjangkan hidayah-NYA tu sampai dia  cukup umur. Siap dah pilih nama lagi Nor Amirah Izara, gabungan nama roommate aku dgn Izara Aisyah plakon vanilla coklat tu. ceahh .





Yang ni Vivi namanya. Nama penuh dia panjang dan pelik so takbleh ingat langsung. Biasalah nama orang Sarawak kan :P Aku paling rapat dengan dia. Orangnya bijak. Suka nyanyi, suka melukis.Suka baca novel cinta. Suka lukis love2 and dah ade gerek. kelas kau. Baru form1 tau. dah pandai dah. advance!

Sedih bila vivi kate ‘nanti akak mesti nangis kitorang da nak balik’. Aku ni dah la kuat touching, cket-cket nak nangis, cket-cket nak berair mate. Tapi aku cool je. Takkan nak sedih depan dorang. U know, bila kamu berhadapan dengan mereka-mereka ni, try ur bezt to make them happy. It should be far enough sebab aku tak mampu nak tolong apa-apa pun slain dari tu.



Doa akak selalu ada untuk adik-adik semua. Stay strong. Takkan ada pelangi sebelum hujan turun. Belajar rajin-rajin sampai masuk Unimas oke. Capai cita-cita, insya-Allah kejayaan dan kebahagiaan tu pasti ada untuk setiap orang yang yakin dengan kekuasaan-NYA.


# Hari tu hari paling meaningful pada aku, sebab aku dapat belajar cara hidup orang yang lain takdirnya dari diri aku sendiri. Bersyukur  sangat atas apa ada, walaupun dulu selalu mengeluh sekarang dah tanak lagi dah, sebab bila kita rasa life  kita ni tak bezt, ada yang lagi suffer dari kita sebenarnya. Alhamdulillah atas segala pemberiannya #











No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



 

Copyright 2016 © LabyRinth. Design by Ayu Barbydol