Sunday, March 10, 2013



Hai semua. Entry  tanpa intonasi. Sila ambil mood .

Minggu Lepas  minggu hectic menggila. Setiap minggu pun sama tapi kali ni sangat menggila. Jadual kelas  masih terkontang-kanting. Orang lain dah boleh goyang kaki habiskan duit PTPTN  aku je yang terumbang ambing. Social Psychology masih clash dengan neuro science. Puas aku merayu pada En.Rizal tapi dia still suruh keep on trying tunggu depan laptop kalau-kalau ada kosong terus register kat e-pelajar untuk masuk kelas dia . Masalahnya, guna air liur amat mudah. Dah aku berkubu depan laptop tunggu sistem tu kosong tapi still jugak full. Terasa ingin  berkomplot dengan kerakyatan Sulu mintak bom sistem pra-daftar Unimas ni pula tibe-tibe. Kenape lah susah kan aku. Kenape mesti ada pra-pendaftaran bila jadual masih belum keluar?

Stress sangat sampai rasa nak balik rumah hujung minggu ni. Bila usha tiket mak’aiii 300+++. Mahalnya. Alangkah bahagia kalau Tony Fernandez tu ada bau-bau bacang dengan aku. Boleh mintak tiket free. Malangnya tidak. Tengok Hidung pun sudah tahu.  Batalkan hasrat balik. Berkubu pula di CAIS. Oh. Di Unimas kami panggil library as CAIS.  Teruskan hunting journal untuk subject Research Method. Next sem saye dah tahun akhir maka perlu buat final year project.  Dr.Shahren nak  literature review base on atleast 10 journal. Ya Allah bala apa ini? Oh bukan bala sayang. Ujian. Allah sayang sebab tu Allah bagi banyak ujian.





Part of rak of tha journal. Boleh la selak-selak sambil kesat air mata. Tsk. Tsk.


Minggu lepas persatuan kami ada pinjam barang  fakulti untuk event Dean’s Award, tapi barang tu ada pada lecturer. Dan lecturer tu outstation, tak dapat pulangkan. Kene bebel dengan cik Elia sebab barang tu atas nama saya. Hadap je lah. Hujung bulan ni fakulti buat ‘Open Day’. Sebagai setiausaha separuh masa, saya kene buat  banyak memo, minit mesyuarat. Memo lagi. Memo lagi. Penat. Ya Allah. Nak menangis.

Semalam saya  pergi Serikin. Ada apa dengan Serikin? Klik Sini  ;) Nak release tension. Balas dendam habiskan duit. Lepastu balik Unimas nanti tonton lah saya makan meggie je tiap hari. Haha. Haaa Serikin ni sebelah Kalimantan. Sebelah sangat. Macam aku pernah cerita dulu peniaga dia pun ramai juga Indonesia. Harap-harap tak jadi masalah macam Sabah dan Filipina. Kejap aku kejap saya kejap aku. Takpelah asal korang faham. Dalam rules nak berbelog tak pernah ade rule boleh guna perkataan saya atau aku atau salah satu saja kan? Maaflah jika anda baca entry ini anda jadi pening. Sebab yang menulisnya pun tengah tak berapa betul sekarang ni.. :P


# Doakan saya terus kuat dan tak merengek asek nak balik je # 













Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


 

Copyright 2016 © LabyRinth. Design by Ayu Barbydol